• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Pahang, Lot Kol Kamruzaman bin Mat Sham mengadakan lawatan ke atas Veteran ATM, Encik Mokhtar bin Othman (147144) di No 32, Jalan Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang pada 30 Mac 2017. Veteran mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti sakit saraf, Ghout, dan Kencing Manis. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sepatutnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

 

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Pahang, Lot Kol Kamruzaman bin Mat Sham melakukan lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM yang lumpuh, (10247) Encik Romli bin Yunus di Kampung Benum, Guling Tajau, Kuala Krau, Temerloh, Pahang pada 30 Mac 2017. Semoga veteran sabar menghadapi dugaan dan pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada beliau.

Sesi pengambaran bagi Pogram Di Celah-Celah Kehidupan di gerai dan rumah Veteran ATM, Encik Abd Ghani bin Mat Rani di Ayer Hitam, Johor. Beliau terpilih kerana kegigihan beliau menjual air tebu untuk menyara kehidupan sekeluarga. Turut sama Pengarah Urusan BHPetrol dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Mej Jen (B) Dato Sri Ali bin Alwi.

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia ( PJM) kepada 22 veteran KEKPAK pada 25 Mac 17. Majlis telah disempurnakan oleh Mej Jen Dato Hj Jalaluddin bin Hj Manan, AKS CSM Markas TD bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur.

Program Jejak Kawan Negeri Perak yang diadakan di Dewan Serbaguna Fasa 2C Seri Manjung pada 25 Mac 2017. Program ini dianjurkan oleh JRP dan KD MALAYA dengan kerjasama daripada JHEV ATM, PVATM, dan Persatuan Bekas TLDM.

Antara pengisian sepanjang berlangsungnya program ini adalah pendaftaran pemilih, pendaftaran ahli PVATM, PBTLDM, Proses Kad Veteran, Kaunter Bergerak JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Taklimat memgenai JHEV ATM, dan Khidmat Nasihat mengenai hal-hal berkaitan pemberhentian oleh wakil JRP.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu telah Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Saem Sahabat 302 pada 25 Mac 2017 jam 0930 di Dewan Dato' Sri Vida, Sekolah Menengah Agama Muhammadiah, Tanah Merah, Kelantan.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Mej Zulfazlee bin Zamri menyampaikan bantuan pendahuluan bencana alam kepada Veteran ATM, (603038) Hj Abbas bin Mat Napis yang beralamat di Kampung Belangkan, Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan.

Rumah beliau telah terbakar keseluruhannya dan semua peralatan serta dokumen-dokumen penting tidak dapat di selamatkan. Turut hadir bersama YDP PVATM Negeri Sembilan dan ajk setempat.

Semoga veteran sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri, Melaka pada 14 Mac 2017. Penganugerahan pingat telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka.