• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Encik Nik Ahmad Farish bin Ayub, Penolong Pengarah BKS & NBOS bersama Lt Kol Yusof bin Saidi, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak telah mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Bina Baru Dan Baik Pulih Rumah 1MVHRP 2016 di Kamunting, Batu Kurau dan Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris dan Pengarah JHEV ATM Bahagian BKS & NBOS, Encik Mohd Najib Bin Dawod  mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Bina Baru dan Baik Pulih Rumah  Veteran ATM, Encik Ali Ahmad Bin Mokti (925003) di Membakut, Sabah.

Lawatan Pemantauan Projek Bina Baru Dan Baik Pulih Rumah 1MVHRP 2016 balu veteran ATM iaitu Puan Bairin @ Irene binti Yunggi  dan veteran Encik Markus  Yatala di Tambunan oleh Encik Mohd Najib bin Dawod, Pengarah BKS & NBOS bersama Mejar Nur Azimi bin Idris, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah. 

Encik Mohd Najib bin Dawod, Pengarah BKS & NBOS bersama Lt Shahrizal Azha bin Mohd Tahir TUDM Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah mengadakan lawatan pemantauan projek bina baru dan baik pulih rumah Veteran ATM, 122303 Encik Janiwia bin Binggol di Kampung Marasinsim, Kota Marudu, Sabah.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) menafikan tiada sebarang pembayaran dikenakan ke atas pemohon Pingat Jasa Malaysia (PJM). Pihak JHEV ATM amat kesal dengan tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan terhadap para Veteran ATM dengan mengenakan bayaran sejumlah RM50.00 hingga RM100.00.

Perjumpaan Pengemaskinian Data Veteran ATM dan Taklimat kepada Persatuan Veteran ATM yang berdaftar di Melaka dan Negeri Sembilan. Taklimat disampaikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Mejar Zulfazlee bin Zamri pada 28 Feb 2017 bertempat di JHEV ATM Cawangan Melaka & N.Sembilan.

Veteran ATM yang terdiri daripada pelbagai persatuan turut sama hadir ke Perbarisan HUT TD ke 84 di Kem Muara Tuang, Kuching, Sarawak. Perbarisan melibatkan 110 orang pegawai dan 990 LLP dan diketuai oleh Lt Kol Mohd Asmadi bin Hj Ahmad,

Pegawai Memerintah Rejimen Pertama Kor Polis Tentera Diraja.

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir dan VKU oleh PVATM Pahang disempurnakan oleh Presiden PVATM Malaysia dan diadakan di Dewan OUM Temerloh pada 17 Februari 2017. Lawatan ke rumah veteran VKU juga diadakan dan Penyampaian Waran Pencen oleh Pengarah JHEV Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham kepada Veteran ATM yang terlantar iaitu En. Azizi bin Hamzah. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung.