• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Maran, 15 Ogos 2018  -Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan Sara Hidup terhadap beberapa orang veteran ATM dan turut diiringi oleh Ketua PVATM Cawangan Maran, Encik Wan Hariri seperti berikut:

1. 1038611 Vet Abu Bakar bin Kadir. No. 108, Kg Merbau Serengkam, Maran

 

 2. 163333 Vet Aslan bin Ishak. No. 70, Taman Sri Keramat, Maran

 

 3. 72712 Vet Mat Baki bin Dahan. No.8, Taman Sri Keramat, Maran

Kelantan, 15 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan Lawatan siasatan bantuan sara hidup sekitar Jajahan Tanah Merah. Antara veteran ATM yang dilawati adalah seperti berikut:

1. Balu kepada arwah 151233 Ismail bin Hamad. Kamariah bte Ahmad.

2. Balu kepada arwah 79968 Mohd Zain bin Ismail. Wan Bidah bte Wan Lah.

3. Balu kepada arwah 161073 Yaacob bin Seman. Siti Rabiah bte Seman.

4. 198375 Nawi bin Abu Bakar.

Kota Bharu, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias mengadakan Lawatan kebajikan ke atas veteran ATM, 210828 Encik Derasit @ Ab Rashid bin Awang (berpencen) di Wad 10, Katil 2B, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kelantan.

Veteran mengidap sakit kanser paru paru dan telah merebak ke tulang belakang serta memerlukan pembedahan.  Kos peralatan implan untuk menggantikan tulang belakang yang diserang kanser dianggar berharga RM16,500.

PERLIS 15 Ogos- Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) dengan kerjasama Agensi Elit POLICTERA Malaysia telah menganjurkan PROGRAM SEMARAKKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2018 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-61.

Temerloh, 15 Ogos 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Idzuan melakukan Lawatan kebajikan kepada veteran ATM, balu veteran ATM bagi membuat siasatan dan penilaian permohonan Bantuan Sara Hidup dan penyerahan Peralatan Pesakit. Antara veteran ATM dan balu veteran ATM yang di lawat adalah seperti berikut:

 

1. Permohonan Bantuan Sara Hidup.

a. Veteran ATM,  (1022904) Encik Abd Rahman bin Musa, Kmpg Teris, 28500 Lanchang, Pahang.

 

Kuala Lipis, 14 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM mengadakan lawatan ke atas Puan Essah binti Embong, Ibu kepada Allahyarham veteran ATM 1023019 SSjn (B) Zainual bin Abd Aziz di No 757, Kampung Chat, Benta, Pahang.

Lawatan ini bertujuan untuk menyediakan Laporan Siasatan Keadaan Ekonomi dan Kesihatan bagi Puan Essah bagi menentukan kelayakan menerima pencen gemulah Veteran.

Sibu, 11 dan 12 Ogos 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim melaksanakan penyerahan peralatan perubatan kepada veteran ATM, Encik John Ak Jawang di Kampung Sentosa dan Encik Samat Bin Siret di Kampung Hilir Serian. Antara peralatan yang diserahkan seperti berikut:

 

a) Kerusi roda

b) Kerusi tandas

c) Rifle Matress

 

Semoga dengan pemberian peralatan tersebut dapat meringankan beban veteran sekeluarga.

Beserah, 10 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menyerahan peralatan perubatan berupa kerusi roda, kerusi tandas dan walker empat (4) kaki kepada veteran ATM,  1021294 Encik Mohd Uzir bin Ahmad di alamat No 13, Lorong Chengal Lempong 3, Taman Balok Jaya 2, Pahang.