• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri turut hadir di Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik anak-anak anggota tentera dan sumbangan kepada Veteran ATM yang cedera semasa latihan & operasi anjuran 7 Briged.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah, merasmikan Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan PVATM Cawangan Kuala Krai, Kelantan pada 30 September 2017.

Majlis telah diadakan di Dewan Batalion ke-3 Rejimen 506 (AW), Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.

 Pihak JHEV ATM turut membuka kaunter bergerak bagi membuat/memperbaharui kad veteran sempena Kempen Tabung Pahlawan 2017 yang dianjurkan oleh PVATM Cawangan Labu, Negeri Sembilan.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM telah menghadiri jemputan ke Mesyuarat Agong Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB) kali ke 5 di Dewan Serbaguna Kampung Luit, Maran yang dirasmikan oleh ADUN Luit, YB Nurhidayah binti Dato Haji Shahaimi, Merangkap AJK Puteri Malaysia.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri mengadakan Lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit kepada isteri Veteran ATM pada 28 September 2017. Semoga dengan penyerahan peralatan pesakit ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga veteran.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Lt Kol Ahmad Rosdi bin Othman mengadakan Lawatan Kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Alias bin Hamid di Hospital Sultanah Bahiyah pada 021130H Oktober 2017.
Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan bagi Bantuan Sara Hidup dan Bakti Negara di Daerah K.Lipis meliputi kawasan-kawasan berikut pada 28 September 2017:

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Lt Kol Ahmad Rosdi bin Othman TUDM menganjurkan sesi dialog bersama YDP persatuan/kelab Veteran ATM Kedah pada 28 September 2017. Turut hadir ialah Dato' Abd Rahim selaku Ahli Majlis Veteran Kebangsaan.