• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Lt Kol Ahmad Rosdi bin Othman menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 dan dialog bersama PVATM Tak Berpencen Perlis pada 23 Julai 2017.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi hadir ke Majlis Penyerahan Sijil Perdaftaran Persatuan kepada Perstuan Bekas ATM Larut , Selama, Perak pada 23 Julai 2017. Turut hadir Adun Kubu Gajah dan ketua Jabatan Daerah Selama Perak.

Kunjungan Hormat kepada TYT Sarawak bersama Panglima 1 Divisyen dan Ketua Polis Sarawak pada 20 Julai 2017 untuk menjemput beliau ke Majlis Perbarisan Hari Pahlawan dan Penganugerahan Pingat PJM pada 31 Jul 17 di DUN Sarawak .

Seramai 150 calon Veteran/ Balu akan menerima Pingat PJM tersebut.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melawat Veteran ATM, encik Amir bin Julaihi di IJN Kota Samarahan pada 20 Julai 2017 . Beliau telah di masukan ke IJN sejak Feb 2017 dan masih menunggu giliran untuk dibedah. Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah berbincang dengan pihak Hospital supaya veteran dapat dibedah seberapa segera .

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias, melakukan Lawatan Kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Yusuf bin Awang di alamat Kampung Tasik Berang Pasir Mas, Kelantan, berumur 47 tahun pada 20 Julai 2017. Beliau telah mengidap penyakit barah otak dan pernah menjalani pembedahan di kepala sebanyak 2 kali. Pada lawatan kali ini pihak JHEV Negeri telah menyampaikan sebuah katil hospital untuk kegunaan veteran.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melawat permohonan sara hidup Puan Aspah Laila bt Abdullah, balu Pbt Adnan bin Mohamad di 1282, Felda Kampung New Zealand, Maran, Pahang pada 14 Julai 2017.

Aktiviti kaunter bergerak JHEV ATM JOHOR, Perhebat dan PVATM Kahang sempena dengan sambutan Hari Raya Peringkat Kebangsaan bermula 13-15 Julai 2017 di Taman Sri Lambak Kluang Johor.

Majlis Perasmian Rumah Terbuka Gawai/Raya Anjuran Persatuan Veteran ATM Cawangan Mambong, Sarawak yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Dr James Dawos Mamit pada 15 Julai 2017.