• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

IPOH - Pesara dan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) diminta berbuat demikian bagi memperoleh faedah yang disediakan pihak berkenaan.

Panglima 2 Briged Brig Jen Mas'od Muhammad berkata menerusi pendaftaran itu, mereka akan menerima pelbagai faedah seperti khidmat nasihat dan bantuan yang telah disediakan untuk menjaga kebajikan mereka.

KUALA LUMPUR- Kementerian Pertahanan akan mempertimbangkan cadangan membina rumah kebajikan khusus untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang bernasib baik.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum berkata, pihaknya akan meneliti dan mengkaji cadangan membina rumah kebajikan itu yang boleh ditadbir urus Persatuan Veteran ATM apabila siap kelak.

KUALA LUMPUR- Kerajaan bercadang menubuhkan sebuah pusat bagi membantu veteran tentera yang kurang bernasib baik.

 

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Mohd Johari Baharum berkata cadangan itu sedang dikaji secara lebih mendalam sebelum dilaksanakan.

"Saya difahamkan ada dalam kalangan veteran tentera yang tinggal sebatang kara dan seakan terbuang berada di rumah orang tua dan sebagainya.

SEREMBAN-Semangat keperwiraan yang ada dalam diri anggota keselamatan tidak hanya terpakai sewaktu dalam perkhidmatan, sebaliknya erti perjuangan itu hendaklah terpahat dalam hati agar tersemai sepanjang waktu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, seperti bekas anggota tentera hendaklah jiwa kepahlawanan itu terus mekar walaupun bersara dan dibawa elemen pengorbanan itu ke dalam masyarakat, sekali gus kekal sebagai pejuang negara.

JITRA - Anggota tentera disaran agar menceburi bidang pertanian untuk menampung kehidupan mereka selepas bersara.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum berkata ini kerana produk hasil pertanian mendapat permintaan yang tinggi dan paling mudah diceburi.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedang merangka Pelan Induk Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjamin kebajikan golongan ini, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Hishammuddin berkata, pelan itu juga antara lain memberi tumpuan kepada usaha mentransformasi sosio-ekonomi serta menambah baik aspek kebajikan tanggungan mereka melalui pelan jangka panjang.

REMBAU - Di kepekatan malam, tujuh sekawan nekad menyelusuri tepian pantai setelah bermati-matian cuba mempertahankan Tanah Melayu daripada kemaraan tentera Jepun di Bukit Cermin, Singapura sekitar awal tahun 1942.

KUCHING – “Kekalkan perpaduan yang dinikmati rakyat di negara pada masa ini dan pertahankan kemerdekaan sampai bila-bila,” pesan veteran tentera yang merupakan bekas anggota Iban Trackers, Awang Raweng, 86.

Beliau yang kini terlantar di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak minggu lalu disebabkan ma­salah usus memberitahu, sekiranya rakyat berpecah-belah, ‘orang luar’ akan mudah untuk mencampuri urusan pentadbiran negara sekali gus kedaulatan negara akan terancam.