• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah melawat isteri kepada veteran ATM, Encik Zakaria Semail@Ismail di Kampung Pengkalan Kubur, Salor, Kelantan yang mengalami penyakit katarak mata dan akan menjalani pembedahan di rumah beliau pada 23 Jun 2017.

Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM melawat Veteran ATM, Encik Zakaria bin Daud di kediaman beliau di Kampung Jalan Surau, Kelantan yang menghidap penyakit stroke pada 23 Jun 2017.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah bersama isteri, Datin Nab binti Mamat meluangkan masa menziarah isteri Veteran ATM, Encik Aziz bin Ismail di kediaman beliau di Kampung Gua Salor, Kelantan yang mengalami masalah tulang pinggul dan sukar untuk berjalan pada 23 Jun 2017.

Gambar pegawai dan anggota staf Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM di sudut Halatuju bertempat di foyer MINDEF pada 20 Jun 2017 bersempena dengan bulan untuk mempromosikan Halatuju MINDEF kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan...

Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Muhamad Nabil bin Othman hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran PVATM Negeri Perak bersama exco kerajaan negeri Dato Shamsudin di Tower Regency Ipoh sempena penyerahan sumbangan tabung hari pahlawan kepada PVATM cawangan pada 16 Jun 2017.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi turut hadir ke Program Pemantapan Ramadan, Jemaah Parlimen Bagan Datuk bersama warga veteran polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pada 17 Jun 2017.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bersama Staf Perubatan di Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM bersempena dengan Majlis Sumbangan Perayaan Aidilfitri 2017 Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM di Seri Kembangan, Selangor oleh Yang Berbahagia Mej Jen. Dato' Mohamad Khir bin Abdullah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM pada 19 Jun 2017.

Pengarah JHEV ATM Negeri Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi melakukan Ziarah Ramadan terhadap Veteran ATM di sekitar Sungai Siput, Perak pada 06 Jun 2017.