• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Tanah Merah, 10 Julai 2018 - Lawatan kebajikan dan menyerahkan katil hospital serta tilam angin oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias kepada 820881 Veteran ATM, Encik Mohd Satar bin Mohamed (berpencen) berumur 42 tahun yang mengidap penyakit kenser otak tahap 4 dan tinggal di alamat D 266, Jalan Ismail Putra Kelantan.

Kelantan, 08 Julai 2018 – Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias turut hadir ke Mesyuarat Agong Kelab Saem Sahabat dan Majlis Hari Raya Aidilfitri. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mej (B) Anizam bin Abd Rahman, Adun Kemahang.

Bintulu, 08 Julai 2018 – Sembang Santai Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit bersama veteran ATM bagi mengetahui sebarang permasalahan yang berlaku.

Pulau Pinang, 08 Julai 2018 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Lt Muhamad Nasrul Syafiq bin Zulkifli TUDM melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran ATM, Encik Badarudin yang mengalami stroke separuh badan. Pihak JHEV ATM akan membantu veteran mendapatkan bantuan yang selayaknya diperoleh bagi meringan beban yang ditanggung. Turut disampaikan sumbangan kepada beliau semasa lawatan diadakan.

Negeri Sembilan, 08 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Veteran ATM Negeri Sembilan. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap ahli parlimen Kuala Pilah di Dewan Bandaran Kuala Pilah.

 

Kuala Lumpur, 3 Julai 2018 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke XV, Sultan Muhammad Ke V di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur. Turut hadir seramai 70 orang veteran ATM dan turut disampaikan bantuan kebajikan kepada veteran ATM Kurang Upaya (VKU).

Terengganu, 30 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias turuh hadir ke Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Setiu kali ke 25 yang dirasmikan oleh Mej Jen Dato' Hj Mohammad Zaki bin Hj Hamzah, YDP PVATM Negeri Terengganu.

 

Selangor, 30 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM menghadiri Program Sembang Santai Hari Raya Aidilfitri Persatuan Veteran Tentera Wilayah Persekutuan di Dewan Al Amin Sri Penara, Bandar Tasik Permaisuri.