• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

TAIPING - Sejumlah 284 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat antara 1969 hingga 1989 menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai penghargaan terhadap sumbangan serta pengorbanan mereka menentang musuh dan memelihara keamanan negara.

Majlis penganugerahan disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) ATM Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Daud.

SHAH ALAM - Kira-kira 5,000 orang pesara doktor tentera belum lagi mendaftar sebagai anggota Persatuan Pegawai Veteran Kor Kesihatan Angkatan Tentera yang baharu ditubuhkan.

Presiden persatuan, Lt Kol (B) Dr Jaswant Singh berkata, ramai tidak sedar mengenai kewujudan persatuan berkenaan dan kini hanya lebih 100 pesara memilih untuk menjadi anggotanya.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM8,000 melalui geran bantuan pertubuhan kepada Pertubuhan Tentera Tidak Berpencen (PTTB) untuk membantu merancang aktiviti yang boleh menjana pendapatan golongan tersebut.

Pengarah Unit Penyelarasan dan Pembangunan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Nor Hisham Mohd. Nor berkata, pihak kerajaan sekali-kali tidak meminggirkan golongan bekas tentera tidak berpencen kerana terdapat dana khusus yang diperuntukkan kerajaan untuk mereka.

KUALA LUMPUR – Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) dihasilkan bertitik tolak daripada pewujudan program Skuad Pengguna dan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang dibangunkan oleh Bahagian Gerakan Kepenggunaan, KPDNKK pada tahun 2012.

KUDAT - Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menghadiri Majlis Makan Malam Amal "Jasamu Dikenang" dan Pengkurniaan Pingat Jasa Malaysia (PJM) PVATM Cawangan Keningau dan PVATM Cawangan Ranau.

MELAKA - Sejak penubuhan Persatuan Bekas Askar British Malaysia (PBAB) pada 2009, persatuan ini membawa manfaat besar kepada lebih 200 ahli terdiri daripada bekas tentera yang pernah berkhidmat di bawah British termasuk balu mereka.

PERAK- Ketua Pengarah JHEVATM, Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud telah menghadiri Majlis Dialog Ketua Pengarah JHEV ATM Dengan

Penyampaian Bantuan Peralatan Pesakit dari JHEV ATM berupa kerusi roda dan tongkat oleh YB Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan kepada veteran Masaran @ Masran bin Salman bagi pihak isteri beliau, Sempena Persidangan PVATM Daerah Tawau Sabah pada 23 Mei 2015.