• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu telah Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Saem Sahabat 302 pada 25 Mac 2017 jam 0930 di Dewan Dato' Sri Vida, Sekolah Menengah Agama Muhammadiah, Tanah Merah, Kelantan.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Mej Zulfazlee bin Zamri menyampaikan bantuan pendahuluan bencana alam kepada Veteran ATM, (603038) Hj Abbas bin Mat Napis yang beralamat di Kampung Belangkan, Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan.

Rumah beliau telah terbakar keseluruhannya dan semua peralatan serta dokumen-dokumen penting tidak dapat di selamatkan. Turut hadir bersama YDP PVATM Negeri Sembilan dan ajk setempat.

Semoga veteran sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri, Melaka pada 14 Mac 2017. Penganugerahan pingat telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham bersama Lt Kol Junairi (B), TYDP PVATM Negeri Pahang melawat Veteran ATM 1043297 Encik Mohd Said bin Yeop Ahmad yang baru sahaja menjalani pembedahan memotong kaki beliau akibat penyakit yang dialami di Wad 5b, Katil 13, Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang.

Perbincangan ringkas antara Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang bersama Penyelaras Profesyen Pegawai Kerja Sosial Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Encik Omran bin Mt Ali serta staf-staf Bahagian Kerja Sosial Perubatan HTAA di Pejabat Bahagian Kerja Sosial Perubatan.

Turut bersama adalah TYDP PVATM Negeri Pahang, Left Kol (B) Mohamad Junaidi. Agenda Perbincangan berkisar mengenai Bantuan Perubatan dan Sara Ubat serta Bantuan Peralatan Pesakit yg dibekalkan oleh JHEV ATM.

Encik Nik Ahmad Farish bin Ayub, Penolong Pengarah BKS & NBOS bersama Lt Kol Yusof bin Saidi, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak telah mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Bina Baru Dan Baik Pulih Rumah 1MVHRP 2016 di Kamunting, Batu Kurau dan Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Lawatan Pemantauan Projek Bina Baru Dan Baik Pulih Rumah 1MVHRP 2016 balu veteran ATM iaitu Puan Bairin @ Irene binti Yunggi  dan veteran Encik Markus  Yatala di Tambunan oleh Encik Mohd Najib bin Dawod, Pengarah BKS & NBOS bersama Mejar Nur Azimi bin Idris, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah. 

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris dan Pengarah JHEV ATM Bahagian BKS & NBOS, Encik Mohd Najib Bin Dawod  mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Bina Baru dan Baik Pulih Rumah  Veteran ATM, Encik Ali Ahmad Bin Mokti (925003) di Membakut, Sabah.