• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Melaka, 04 April 2018 - Lawatan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim ke rumah veteran ATM tak berpencen, Encik Arifin bin Jantan TUDM yang ditimpa bencana kebakaran di lot 524 Jalan Rejang, Kampung Bukit Senggeh Selandar.

Kejadian berlaku pada 3 April 18 jam 1305 yang menyebabkan keseluruhan rumah beliau terbakar.

Pahang, 03 April 2018 - Lawatan Bencana Kebakaran Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM ke rumah veteran ATM yang terbakar, Encik Mohd Isa bin Ibrahim di No. 11 RTP, Kampung Lebu, Bentong.

Kejadian kebakaran berlaku pada 30 Mac 2018 jam 1600H. Turut mengiringi Ketua Cawangan PVATM Bentong, Encik Manaf dan Pengerusi Tetap PVATM Negeri Pahang.

 

#kebajikan

#perkasaperwira

 

Negeri Sembilan, 31 Mac 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim turut menghadiri Majlis penutup Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Labu di balairaya Taman Gadong Jaya yang telah disempurnakan oleh YB Dato Hj Hashim bin Rusdi, ADUN Labu.

Pahang, 01 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut hadir ke Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang, bersama-sama warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Pahang.

Majlis telah didadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan seramai 1000 orang veteran ATM telah hadir dalam majlis tersebut.

 

Perak, 02 April 2018 - Taman Tasik Taiping. EKSPRESI PRIHATIN VETERAN ATM NEGARAKU. Program Ekspresi Prihatin Veteran ATM NEGARAKU 2018 peringkat Negeri Perak telah diadakan di Taman Tasik Taiping.

2 April 2018 - Kuantan, Pahang. Majlis Sepetang Veteran ATM Negeri Pahang Bersama Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Angkatan Tentera). #Perkasa Perwira. Majlis Sepetang Veteran ATM bersama YM TS PAT telah dihadiri oleh lebih kurang 150 orang veteran ATM di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Majlis telah diadakan di Seri Manja Boutique Hotel Kuantan, Pahang.

Pahang, 31 Mac 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM telah menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Muadzam Shah kali ke 15, di Balai Raya Keratong 5.

Johor, 30 Mac 2018 – YB. Dato' Sri Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada 147 Veteran ATM termasuk sepuluh (10) orang balu veteran ATM dan enam (6) orang balu veteran ATM yang berada di daerah Muar dan berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar. Pihak JHEV ATM diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Tuan Haji Abd Karim bin Hj Husain dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri.