• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

JITRA - Anggota tentera disaran agar menceburi bidang pertanian untuk menampung kehidupan mereka selepas bersara.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum berkata ini kerana produk hasil pertanian mendapat permintaan yang tinggi dan paling mudah diceburi.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedang merangka Pelan Induk Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjamin kebajikan golongan ini, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Hishammuddin berkata, pelan itu juga antara lain memberi tumpuan kepada usaha mentransformasi sosio-ekonomi serta menambah baik aspek kebajikan tanggungan mereka melalui pelan jangka panjang.

REMBAU - Di kepekatan malam, tujuh sekawan nekad menyelusuri tepian pantai setelah bermati-matian cuba mempertahankan Tanah Melayu daripada kemaraan tentera Jepun di Bukit Cermin, Singapura sekitar awal tahun 1942.

KUCHING – “Kekalkan perpaduan yang dinikmati rakyat di negara pada masa ini dan pertahankan kemerdekaan sampai bila-bila,” pesan veteran tentera yang merupakan bekas anggota Iban Trackers, Awang Raweng, 86.

Beliau yang kini terlantar di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak minggu lalu disebabkan ma­salah usus memberitahu, sekiranya rakyat berpecah-belah, ‘orang luar’ akan mudah untuk mencampuri urusan pentadbiran negara sekali gus kedaulatan negara akan terancam.

MUAR - KEMERDEKAAN negara dicapai sejak 58 tahun lalu, hasil perjuangan pemimpin terdahulu seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

SIBU  – Nikmat kemakmuran, keamanan dan keselamatan yang dikecapi oleh rakyat ketika ini tidak datang dengan sendiri, tetapi hasil pengorbanan para pahlawan terdahulu.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, perjuangan dan pengorbanan veteran anggota keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara perlu dihargai oleh semua orang.

KUALA LUMPUR - Cadangan membina sebanyak 30,000 buah rumah bagi keperluan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara lima fokus perancangan Kementerian Pertahanan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), kata menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

KUBANG PASU  – Kebajikan lebih 300,000 veteran tentera akan diberi tumpuan bagi memastikan kehidupan para pejuang yang sanggup bergadai nyawa untuk negara berkenaan terus terbela dan dihargai.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, perbincangan telah diadakan dengan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berhubung perkara tersebut.