• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

KOTA BHARU 8 Jun 2014 - Impian seorang bekas tentera untuk memiliki kediaman sendiri sejak 28 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila mendapat bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Program Membaiki Rumah, Strategi Lautan Biru (NBOS) Ke-7.

Penerima kunci rumah NBOS, Abdullah Che Man, 57, berkata, setelah menamatkan perkhidmatan dalam tentera pada 1986 dia hanya tinggal di rumah peninggalan mentuanya.

PASIR MAS 4 Jun 2014- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan sebanyak 4,653 orang veteran tentera di negeri ini dan Terengganu masih belum membuat tuntutan berkaitan dengan pencen, faedah persaraan dan bantuan kebajikan.

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2014- Kesediaan kerajaan menimbang pemberian Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada balu tentera adalah tanda prihatin terhadap golongan itu.

Presiden Kumpulan Tentera Tidak Berpencen (KVTTB), Mohd Sabri Abd Malek, berkata perkembangan itu pasti melegakan 100,000 balu tentera tidak berpencen di negara ini.

KUALA LIPIS 27 Mei 2014- Seramai 30 vete­ran tentera yang pernah bertugas semasa operasi menentang komunis dahulu diberikan penghargaan dengan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh kerajaan di Felda Sungai Koyan 3 di sini kelmarin.

Majlis penyampaian pingat kepada veteran dalam kalangan ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Koyan itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEVATM) negeri, Mejar Mohd. Razali Abdul Rahman.

BUTTERWORTH, 18 Mei 2014- Dulu keletahnya mungkin membuatkan penonton tidak kering gusi namun kini pelakon komedi yang lebih dikenali sebagai Mamu atau Rahim Dalmia tidak mampu lagi membuat penonton ketawa.

Mamu atau nama sebenarnya Rahim Lalmia, 57, kini terlantar di rumah adiknya di Desa Murni, Sungai Dua di sini, selepas disahkan lumpuh separuh badan selain tidak mampu bercakap akibat angin ahmar.

TERENGGANU, 16 Mei 2014 - "MASA itu hanya ingat mati apabila hampir dihimpit kapal KD Negeri Sembilan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan sebuah bot nelayan haram dari Thailand ketika menyertai Operasi Samudera Gagah di perairan Perak." ujar bekas tentera laut berpangkat Laskar Kanan Peperangan Paras Permukaan (PPP), Alias Ab Razak, 54, dari Kampung Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu, berkongsi ceritanya dengan Sinar Harian ketika menyertai Operasi Samudera Gagah 1986.Ketika itu, Alias ber

KULIM, 12 Mei 2014 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kebajikan Skim Bencana Alam kepada Veteran ATM LKpl Hasan bin Ahmad (T28359) berumur 65 tahun yang telah berkhidmat selama 13 tahun dalam Kor 1 RAMD, ATM Darat.

LABIS, 27 April 2014 - Pesara tentera boleh memainkan peranan menarik minat golongan muda untuk menyertai kerjaya dalam bidang ketenteraan sebagai kesinambungan terhadap perjuangan serta pengorbanan mereka mempertahankan kedaulatan negara sewaktu masih berkhidmat dahulu.