• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

KUANTAN, 10 Sep 2019 – Satu majlis Serah/Terima Tugas Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang telah dilaksanakan di pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang pada hari ini antara Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM dengan Mej Khairul Ashinar bin Azid@Aziz TUDM.

Port Dickson, 5 September 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Norasbi bin Said memberikan syarahan dan khidmat nasihat kepada bakal pesara seramai 160 peserta forum bakal pesara yang dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat.

Hulu Selangor, 1 September 2019. Pengarah JHEV ATM Cawangan Sel & W. P Kuala Lumpur, Kdr Azman bin Yusoff TLDM telah menyampaikan waran bayaran Bantuan Harapan Negara (BHM) kepada empat orang veteran yang tidak menuntut serta gagal dihubungi sebelum ini. Turut serta Pengerusi dan setiausaha PVATM Cawangan Hulu Selangor.

Perak, 31 Ogos 2019,  Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Perak.