Yong Peng, 27 Nov 18 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Kapt Muhammad Fazdli Bin Jafri berkesempatan untuk menyerahkan sumbangan pendahuluan bantuan bencana alam RM 1000.00 kepada En. Ahmad Bahman bin Ta'at (Veteran Berpencen) dan keluarga di kediaman sementara beliau sambil diiringi SU PVATM Cawangan Ayer Hitam dan Veteran ATM sekitar Yong Peng. Kediaman Veteran beralamat No 7, Jalan Berjaya 3, Taman Berjaya, Johor yang telah ditimpa musibah rumah terbakar pada 24 Nov 2018 jam 0930 malam.

Semasa kejadian veteran dan keluarga tiada di rumah dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Johor akan membantu dalam memberikan bantuan yang sewajarnya diterima oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

LampiranSaiz
1.jpg66.5 KB
3.jpg53.44 KB
4.jpg63.89 KB
5.jpg61.89 KB
6.jpg46.13 KB