KUALA LUMPUR, 31 Mei 2014- Kesediaan kerajaan menimbang pemberian Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada balu tentera adalah tanda prihatin terhadap golongan itu.

Presiden Kumpulan Tentera Tidak Berpencen (KVTTB), Mohd Sabri Abd Malek, berkata perkembangan itu pasti melegakan 100,000 balu tentera tidak berpencen di negara ini.