Pada 10 Oktober 2017 yang lepas, Bahagian Sumber Manusia Tentera Udara DiRaja Malaysia, telah mengadakan Forum Khidmat Nasihat Persaraan Anggota ATM di Pangkalan Udara Labuan. Pihak JHEV ATM Negeri Sabah telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai peranan JHEV ATM kepada kesemua bakal pesara yang terdiri daripada pegawai dan anggota TUDM.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Kapt Sahrizal Adzhar bin Mohd Tahir TUDM.