Melaka, 04 April 2018 - Lawatan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim ke rumah veteran ATM tak berpencen, Encik Arifin bin Jantan TUDM yang ditimpa bencana kebakaran di lot 524 Jalan Rejang, Kampung Bukit Senggeh Selandar.

Kejadian berlaku pada 3 April 18 jam 1305 yang menyebabkan keseluruhan rumah beliau terbakar.

Turut membuat lawatan ialah ADUN Asahan dan JKKK kampung berkenaan. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

 

#kebajikan

#perkasaperwira