KENYATAAN

 

PENAFIAN “BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RM300 KEPADA VETERAN YANG TIDAK BERPENCEN”

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) menafikan maklumat yang dihebahkan melalui media sosial berhubung kenyataan “BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RM300 KEPADA VETERAN YANG TIDAK BERPENCEN”. Pihak JHEV ATM amat kesal dengan kenyataan yang tidak benar tersebut.

Bayaran Bantuan Sara Hidup JHEV ATM hanya diberikan kepada Veteran ATM yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, sama ada berpencen atau tidak berpencen. Walau bagaimanapun, JHEV menggalakkan para veteran untuk mengemaskini maklumat peribadi di mana-mana cawangan JHEV Negeri bagi memastikan penyampaian bantuan dan maklumat terkini daripada JHEV ATM dapat disalurkan dengan lebih efektif.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Kebajikan ditalian 03-2050 8038/8032.

Sekian, terima kasih.

__________________________________________________________________

JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR

06 FEBRUARI 2017

LampiranSaiz
1_001.jpg1.39 MB