Sibu, 09 Dis 2017 - Seramai 35 orang veteran tentera yang sedang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan telah menyertai kursus Asas Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kontraktor yang dianjurkan oleh JHEV ATM di mana R. J Consultant, sebuah pusat latihan bertauliah CIDB dengan Encik Ramli bin Jeman sebagai penceramah merangkap perunding latihan telah dilantik untuk mengendalikan kursus tersebut yang diadakan selama dua hari bermula hari jumaat (08 Dis 2017).

Kursus tersebut diadakan dengan matlamat untuk memberi ilmu berhubung Pengurusan Kewangan dan Perakaunan kepada para usahawan veteran bagi membolehkan mereka merancang kewangan dalam memajukan perusahaan masing-masing.

Kursus tersebut telah berakhir pada hari sabtu (09 Dis 2017) dan majlis penutupan serta penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt. Kol Dunging Anak Serit.