LAWATAN JHEV ATM CAWANGAN NEGERI PAHANG KE KOLEJ PAHANG SKILLS DEVELOPMENT CENTRE

KUANTAN, 19 JUN 2019 – Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM bersama Pengurus PERHEBAT Cawangan Negeri Pahang, Lt Ahmad Khairul Ariffin bin Sukiman TLDM (Bersara) telah berkunjung ke Kolej Pahang Skills Development Centre di Semambu, Pahang.

Rombongan lawatan telah disambut oleh Pegawai Eksekutif Kolej Pahang Skills, En Suris bin Mihat bersama staf kolej.

Rombongan telah dibawa melawat sekitar tapak kolej dan diberi taklimat ringkas berkenaan program dan kursus yang ditawarkan disitu. Rombongan juga dibawa melawat ke tapak perusahaan Madu Kelulut dan Penanaman Cili secara Fertigasi.

Tujuan lawatan adalah sebagai langkah awal untuk mewujudkan jalinan kerjasama antara PERHEBAT dan JHEV ATM bersama Kolej Pahang Skills bagi membolehkan bakal-bakal pesara ATM dan Veteran ATM untuk hadir dan menjalani kursus dan program yang ditawarkan oleh institusi ini. Kursus dan program yang ditawarkan oleh kolej ini memfokuskan kepada sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dilihat mampu memberikan peluang kepada Veteran ATM dan bakal pesara ATM untuk menjana pendapatan tambahan atau dijadikan perusahaan skala kecil atau sederhana bagi membaiki taraf ekonomi mereka.

LampiranSaiz
01.jpg100.27 KB
02.jpg187.87 KB
04.jpg187.41 KB
06.jpg173.33 KB
07.jpg111.74 KB
09.jpg217.25 KB
010.jpg170.9 KB