Temerloh, 29 Mac 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan kebajikan dan Bencana Alam di sekitar Temerloh, Pahang. Antara veteran yang ditemui adalah seperti berikut:

 

Lawatan Kebajikan

 

1. Lawatan ke atas Ketua Cawangan PVATM Cawangan Maran, Encik Wan Mohammad Hariri bin Shafie yang telah dimasukkan ke Hospital Temerloh (HoSHAS) akibat komplikasi saraf (Kencing Manis) di kaki kanan beliau pada 25 1400H Mac 2019. Pada 27hb pembedahan membuang ibu jari kaki kanan beliau telah dilakukan bagi mengelak daripada merebak. Beliau kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di  katil no 16, Wad Kenanga 5, Tingkat 6 HoSHAS.

 

Lawatan Bencana Alam

 

 2. Lawatan Bencana Alam ke atas rumah PW I ( U ) Encik Jais Bin  Rozali di Kampung Sanggang, Temerloh. Ribut kuat yang melanda telah menerbangkan atap daripada rumah jiran beliau dan telah  menghempas ke atas rumah beliau pada 25.3.2019 Jam 6.30 petang serta mengakibatkan kerosakan yang teruk. Lawatan turut ditemani oleh Ketua PVATM Cawangan Temerloh, Encik Hj Nazir.

LampiranSaiz
01.jpg98.17 KB
02.jpg102.42 KB
03.jpg197.71 KB
04.jpg129.58 KB