Kuantan, 16 Ogos 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Idzuan melakukan Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Peralatan Pesakit kepada beberapa orang veteran ATM seperti berikut:

 

Lawatan Kebajikan

 

1. Vet Mej (B) Encik Abd Salam bin Aw Lazak (3004474). Beliau menghidap sakit jantung, kencing manis dan batu dalam hempedu dan sekarang berada di Katil 5, Wad Perubatan 1, Tingkat 8, Pusat Perubatan IIUM Kuantan, Pahang. Keadaan semasa beliau adalah lemah tetapi stabil.

 

2. Vet Lt Kol (B) Encik Jamil bin Salim (3002159) mengalami masalah saluran jantung tersumbat dan ditempatkan di Wad 7, Hospital Tengku Ampuan Afzan. Beliau dijangka akan keluar wad pada hari ini dan akan menjalani pembedahan Angioplasty dijangka dalam tempoh masa 3 bulan lagi.

 

Penyerahan Peralatan Perubatan

 

1. Isteri Vet (137685) Encik Gusti Hassan bin Gosti Snari, Puan Soyah binti Hashim telah menerima Peralatan Perubatan di No 38, Lorong Sg Isap Jaya 11, Taman Sg Isap Jaya, Pahang. Peralatan yang diserahkan adalah:

a. Kerusi Roda

b. Ripple Mattress bersama pam angin

LampiranSaiz
1.jpg48.86 KB
2.jpg47.62 KB
3.jpg63.94 KB