Lawatan kebajikan oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Johor, Kapt Muhammad Fazdli bin Jafri terhadap Veteran ATM, (T533184) Encik Zailani bin selamat di Hospital Kluang, Johor pada 282300H Apr 17.

Kronologi: Veteran mengalami sakit gigi pada sebulan yang lepas. Setelah mencabut gigi, veteran telah mengalami sakit kepala dan demam yg berlanjutan. Pada 24 Apr 17, Setelah membuat pemeriksaan di hospital kluang, didapati terdapat cecair di dalam kepala veteran dan beliau telah di tahan di wad kenanga 9A katil 18. 
Hasil pemeriksaan yg terkini, didapati cecair yg terdapat dalam kepala veteran telah dijangkiti kuman. Pihak hospital telah menyarankan supaya veteran di hantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bharu (JB) untuk pembedahan segera. 
Pihak keluarga veteran telah bersetuju dan veteran akan di hantar ke HSA JB pd malam ini. Semoga beliau dan keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan.