Pasir Mas,  14 Jul 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Syed Mohd Ifandi bin Syed Jaafar dan Penolong Pengarah telah melakukan lawatan kebajikan dengan melawat beberapa buah rumah veteran di sekitar Negeri Kelantan. Peyerahan Waran Bantuan Harapan Negara (BHN) turut juga turut dilakukan kepada veteran Encik Baharuddin bin Aziz yang tinggal di kawasan Pasir Mas. Seramai lima (5) orang veteran yang memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) turut dilawati bagi melihat dengan lebih dekat mengenai kehidupan mereka di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Selain itu, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu  turut melakukan Siasatan bagi Permohonan Kerusi Roda Elektrik di Pasir Mas bagi menilai status veteran sama ada layak menerima bantuan kerusi roda tersebut atau tidak.

 

 

LampiranSaiz
01.jpg128.65 KB
02.jpg89.88 KB
04.jpg74.91 KB
06.jpg140.47 KB