Pulau Pinang, 23 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran ATM, 805551 Masngut bin Mohamad Dimyati (TLDM - 13 tahun).

Veteran telah tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua milik swasta di alamat No 197, Perkampungan Juru, Bukit Mertajam. Beliau berusia 63 tahun dah mengalami stroke semenjak 2012 serta isteri beliau telah meninggal dunia pada 2014 akibat kanser payudara.

Beliau mempunyai 5 orang anak perempuan yang masih menuntut di IPTA dan segala urusan  pergerakan keluar masuk hospital diuruskan oleh sahabat beliau, Encik Muhammad (Ex Navy).

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri akan membantu beliau dalam mendapatkan bantuan-bantuan yang boleh dimohon melalui JHEV ATM bagi meringankan beban yang ditanggung. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan hidup.

LampiranSaiz
1.jpg100.61 KB
2.jpg89.45 KB