Alor Setar, 20 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM melakukan lawatan terhadap Mej (B) Kamarulsalan bin Othman TUDM (371541) di Hospital Sultanah Bahiyah.

Beliau berada di Wad Bunga Raya, tingkat 7B, Katil 6 sejak 17 Julai 2018. Veteran mengalami Minor Stroke di sebelah kiri dan keadaan kini semakin pulih. Beliau kini boleh berdiri, tetapi dengan hanya menggunakan kaki kanan sahaja manakala bahagian sebelah kiri veteran masih lemah.

Pihak JHEV ATM telah memberikan penerangan mengenai skim bantuan yang boleh dipohon oleh veteran bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

#kebajikan

 

LampiranSaiz
1.jpg49.41 KB