Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan
lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM, Encik Ismail bin Esa di alamat Lot 2683 Taman Peradang Jalan Hospital Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan pada 12 Oktober 2017.
 
Rumah beliau telah terbakar 80% dan pihak Bomba menganggarkan kerugian berjumlah RM180,000.
 
Keluarga veteran kini tinggil di kediaman (bilik) yang tidak terbakar dan tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang berlaku. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh veteran sekeluarga.