Kota Bharu, 7 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan lawatan kebajikan ke atas veteran ATM, Encik Merel bin Harun (tidak berpencen) di Wad 6 katil 15 Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kelantan.

Veteran telah diserang stroke semenjak 10 hari lepas sehingga mengakibatkan beliau terlantar dan tidak sedarkan diri. Pihak JHEV ATM akan memproses permohonan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban keluarganya.

LampiranSaiz
1.jpg47.76 KB