SEREMBAN, 11 Jan 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Norasbi bin Said membuat lawatan kebajikan kepada Puan Danalila binti Abu Hashim, Isteri kepada Veteran ATM berpencen 1075792 Encik Meor Shaharudin bin Mohamad di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Isteri kepada Veteran ATM tersebut telah selamat menjalani pembedahan left salphingo-oopherectomy pada 9 Jan 19 dan dijangka akan dibenarkan untuk pulang pada minggu hadapan. Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah membantu dalam memberikan khidmat nasihat kepada Veteran ATM tersebut.

LampiranSaiz
04.jpg168.26 KB