Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menghadiri Majlis Dialog/Penerangan BBN dan Penerangan Peranan JHEV ATM kepada seramai lebih kurang 40 orang Veteran ATM yang majoritinya terdiri daripada kalangan Orang Asli di Galeri AGROTECHNOLOGY PARK MARDI, CAMERON HIGHLANDS pada 05 Oktober 2017.
 
Pihak JHEV ATM turut membantu veteran bagi mengisi borang BBN dan telah mendapat kerjasama daripada wakil veteran iaitu Encik Fauzi bin Yahya dan veteran Org Asli Encik Nasir bin Abdullah yang kedua-duanya merupakan anggota komando.