Selangor, 19 September 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke rumah Mej (B) 191530 Rahman Dardak TUDM di Shah Alam. Veteran mengalami strok pada bulan Mac 2018 di bahagian kanan badan namun beliau mampu berjalan tanpa menggunakan sebarang bantuan tetapi sukar untuk bercakap.

Beliau kini menjalani rawatan susulan di PPUM Fisioterapi, speech. Pihak JHEV ATM juga telah menerangkan mengenai bantuan-bantuan yang boleh beliau mohobn bagi meringankan beban yang ditanggung.