Kuala Kubu Bharu, 12 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke atas veteran ATM T812615 Encik Harni Zainal di No 230 Kampung Gedangsa,

Veteran mengalami retak tulang belakang, Slip disc sejak 5 hari lalu kerana telah terjatuh semasa kerja-kerja membaiki bumbung rumah beliau. Status terkini veteran adalah dalam keadaan stabil.

Penerangan berkaitan bantuan-bantuan yang boleh diuruskan oleh JHEV ATM telah diberikan kepada veteran dan Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang selayaknya diperoleh bagi meringankan beban beliau.

LampiranSaiz
2.jpg98.95 KB