Pengarah JHEV ATM Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan lawatan kebajikan ke atas adik Mohammad Faiz bin Mohd Izahir (anak Veteran ATM) di ICU Mutiara HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Beliau merupakan salah seorang mangsa tragedi van sekolah tahfiz yang terbabas di Kuala Krai pada bulan Ramadhan yang lepas yang mengakibatkan tujuh kematian Pelajar Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang. Sumbangan berupa wang tunai diberikan kepada ayahnya Encik Muhammad Izahir bin Kasim. Keadaan terkini adik Mohammad Faiz Hafizuddin masih lagi separa sedar.