Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melawat Veteran ATM, 1081474 Sjn (B) Yusuf bin Awang (kor KPD) di Kampung Tasik Berang, Pasir Mas, Kelantan pada 27 Jun 2017. Veteran merupakan pesara berpencen berumur 47 tahun telah mengidap penyakit barah otak sejak tahun 2015 (terlantar). Beliau telah menjalani pembedahan di kepala sebanyak 2 kali. Isteri beliau berumur 45 thn dan mempunyai anak 7 org. 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah dan yg bongsu 4 tahun. Pihak JHEV ATM Negeri  akan membantu  menguruskan skim bantuan peralatan pesakit seperti katil, kerusi roda dan susu serta bantuan yang selayaknya diperoleh oleh beliau.