Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi terhadap Veteran ATM, 31037 Encik Shahrom Majid di Lepang Nenering Pengkalan Hulu, Taiping, Perak.

Rumah beliau telah musnah terbakar dan punca kebakaran masih belum dapat diketahui. Selain daripada kemusnahan harta benda, beliau juga telah kehilangan dokumen pengenalan diri dan dokumen-dokumen penting yang lain.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak telah menyampaikan bantuan bencana alam sambil disaksikan oleh Yb Dato Hasbullah bagi meringankan beban yang ditanggung. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang diterima.