Alor Setar, 27 Jun 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM melakukan lawatan Kebajikan terhadap Veteran ATM di Hospital Sultanah Bahiyah(HSB), Alor Setar dan Rumah Transit PERKIM, Sungai Petani. Antara veteran dan balu serta anak veteran yang ditemui adalah seperti berikut;

1. Puan Halimah Bee bte Sultan, balu kepada Allahyarham Mej(b) Azmi bin Yahaya yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jantung dan ditempatkan di wad CRW Tingkat 3,katil 15, HSB, Alor Setar.

2. Adik Muhammad Danial Aiman bin Nor Imran, anak kepada veteran Nor Imran bin Aziz(818011) yang mengalami kemalangan jalan raya dan menjalani pembedahan memasukkan besi pada kaki dan kanan. Anak veteran sedang menuntut di POLIMAS, Jitra, Kedah dan kini berada di Wad 7B, katil 20, HSB, Alor Setar.

3. Puan Che Yan bte Mat Rejab, isteri kepada veteran Hamran bin Ali(1029689) yang telah dipotong kaki kanan paras paha akibat penyakit kencing manis dan ditempatkan di wad 6C, katil 9, HSB, Alor Setar.

Penerangan dan khidmat nasihat telah diberikan kepada waris veteran berkenaan bantuan dan kemudahan yang boleh dimohon oleh mereka melalui JHEV ATM.

4. Lawatan susulan kepada veteran Mustaffa Kamal bin Abdullah (Martin a/l Lawrence) yang merupakan gelandangan dan kini ditempatkan di Transit PERKIM Daerah Kuala Muda,No 14,Lorong 2, Taman Bandar Baru PKNK, Sg Petani. 

Beliau mengalami masalah kesihatan dan tidak mampu untuk berjalan (masalah saraf). Veteran dirancang untuk ditempatkan di Rumah Kenangan Orang Tua Bedong, Kedah dan proses kemasukan masih diuruskan oleh pihak JKM Kuala Muda.

Sedikit bantuan kewangan dikeluarkan sendiri oleh JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/P.Pinang dan diberikan kepada veteran memandangkan beliau hanya diberikan penginapan sahaja oleh pihak PERKIM dan perlu berbelanja sendiri makan dan minum disamping membayar bil api dan elektrik sendiri.

 Veteran amat memerlukan sumber kewangan bagi urusan makan dan minum sementara menunggu kelulusan untuk kemasukan di Rumah Kenangan Orang Tua tersebut.

LampiranSaiz
02.jpg116.14 KB
03.jpg112.94 KB
04.jpg140.1 KB