Pahang, 28 Dis 17 - Lawatan Kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu terhadap Encik Husin bin Mohd Amin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh bersama SU PV ATM Temerloh serta Pegawai Khidmat sosial HSAS Temerloh.

Veteran kini mengidap penyakit Hepatits B yang menyebabkan berlaku kerosakan hati yang teruk. Pihak JHEV Negeri dan PVATM Temerloh akan berusaha untuk menguruskan Bantuan Sara Hidup dan Peralatan pesakit kepada veteran.

Lawatan Sara Hidup turut diadakan ke beberapa buah rumah veteran dan Balu di sekitar Temerloh.