Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Naudin bin Bujang di Aras 5, Wad 5B, Katil No. 6, Hospital Ampang pada 301511H Nov 2017.

Veteran dimasukan ke Hspital Ampang pada 27 Nov 2017 kerana mengalami masalah kesukaran bernafas disebabkan saluran jantung yang sempit. Beliau turut mengidap masalah batu dalam hempedu.

Keadaan semasa veteran telah stabil dan beliau juga diberi penerangan berkaitan bantuan yang boleh diuruskan oleh pihak JHEV ATM bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

 

LampiranSaiz
1.jpg52.86 KB