Kuala Lumpur, 3 Disember 18  - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kapt Mohd Shahrizal Bin Mohd Khalid TUDM melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran ATM Encik Abdul Rahman bin Shafie di PPUM Tingkat 9 Wad 30. Veteran mengalami masalah tulang belakang yang menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dan berdiri.

Pihak JHEV ATM CawANGAN Negeri juga telah memberikan penerangan mengenai bantuan yang boleh diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM - AKS Tadbir.

Lawatan kebajikan seterusnya terhadap Mej (B) Buangshah bin Hj Abdul Jalal di HUKM, Tingkat 6 Ward 6G Bilik 1. Veteran menghidap masalah jantung dan menggunakan air nebulizer untuk bernafas. Beliau juga telah diberi penerangan mengenai bantuan yang boleh diberikan oleh Pihak JHEV ATM.

LampiranSaiz
1.jpg62.43 KB
2.jpg46.09 KB