Terengganu, 18 April 2018 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Kapt Mohd Faizal bin Jamil ke atas veteran ATM, Encik Noruddin bin Ismail di Lot 8937 Kampung Atap, Batu Rakit. Kini beliau tinggal di PT 28793, Taman Desa Solehah, Padang Air Kuala Nerus (rumah anak).

Beliau telah lumpuh akibat kemalangan Jalan raya pada 1/4/18 yang mengakibatkan tengkorak kepala retak dan patah tangan kanan. Beliau memerlukan bantuan reclining wheelchair, katil hospital Jenis elektrik serta tilam angin, penyedut kahak dan tabung oksigen.

Pihak JHEV ATM telah menyerahkan Borang bantuan dan penerangan mengenai bantuan-bantuan lain yang disediakan oleh pihak JHEV ATM. Semoga veteran sekeluarga tabah menghadapi ujian.

LampiranSaiz
2.jpg84.18 KB
3.jpg68.69 KB