Kuantan, 20 Feb 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan melakukan lawatan terhadap veteran ATM, Encik Rahim bin Khalid di Katil 20, Wad 5C, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Veteran telah menjalani pembedahan membuang usus pada 12 Feb 19 kerana masalah pencernaan dan sukar untuk buang air.

Beliau juga telah diberi penerangan berkenaan tatacara pengurusan kos perubatan beliau dan bantuan kebajikan yang boleh diperoleh daripada pihak JHEV ATM.

LampiranSaiz
01.jpg147.39 KB