Pahang, 21 Mei 2018 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu bersama ketua cawangan PVATM Bera ke rumah veteran ATM, Encik Salehudin bin Uyof (1023002) di Kampung Mengkarak, Bera. Beliau mengidap sakit stroke di sebelah kiri badan selama hampir 5 bulan.

Vetaran tidak berkahwin dan tinggal sendirian selepas kematian abang dan adik beliau dan kini dijaga oleh bapa saudara serta dalam perhatian ketua kampung mengkarak. Pihak JHEV ATM akan membantu beliau mendapat bantuan yang selayaknya diperoleh bagi meringankan beban yang ditanggung.

#kebajikan

 

LampiranSaiz
1.jpg70.82 KB
3.jpg67.92 KB