Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kelantan & Terengganu, Kapt Mohd Faizal bin Jamil melakukan lawatan kebajikan terhadap balu Allahyarham Sjn Mohd Nor bin Yaacob iaitu Puan Zaleha binti Jusoh di Kampung Banggol Judah, Machang, Kelantan pada 021400H Jul 17. Balu beliau merupakan penerima pencen terbitan sebanyak RM 1090.03. Beliau turut mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis serta strok. Pihak JHEV ATM Negeri akan menguruskan bantuan berupa peralatan pesakit kerusi roda dan alat bantuan bergerak (tongkat) untuk memudahkan pergerakan beliau.