Pahang, 12 Mac 2019 - Lawatan Kebajikan, Siasatan Bantuan Sara Hidup dan Penyerahan Peralatan Pesakit kepada veteran di sekitar kawasan Pekan dan Kuantan oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup

1. Puan Azizah binti Said, balu kepada Allahyarham Vet (71851) Mohamed Desa bin Darus di alamat 13K, Desa Sungai Pelung, Batu 10 Kem, 25150 Kuantan, Pahang.

Lawatan Kebajikan

1. Veteran ATM Encik (149218) Zammeri bin Mansur di alamat No 145, Felda Sungai Pancing Selatan, 25150 Kuantan, Pahang.
Beliau baru sahaja keluar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan kerana masalah Bengkak Hati dan telah 5 bulan tidak dapat bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi. Veteran sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori sawit di felda berkenaan.
Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang telah menyerahkan Borang Skim Kebajikan dan memberikan penerangan tentang Skim Bantuan Kebajikan yang boleh disalurkan oleh Pihak JHEV ATM.

Penyerahan Peralatan Pesakit

1. Veteran ATM Encik (3003040) Mej (B) Samsudin bin Yusoff di alamat Lot 1194, Kg Tanah Putih, 26600 Pekan Kuantan.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang telah menyerahkan Advance Ultra Lightweight Wheel Chair yang mana telah dimohon oleh Veteran untuk anak beliau. Anak beliau, Encik Azhar bin Samsudin, 35 tahun berstatus OKU (Fizikal) kerana mengidapi penyakit Cerebral Palsy (Spastic) semenjak lahir dan tidak dapat bergerak serta menjaga diri sendiri.

2. Veteram AT, Encik (30719) Mohamad Ideris bin Mat Sukor di alamat Lot 1554, Kg Pulau Serai, Jalan Kg Tanjung Selangor, 26600 Pekan, Pahang. Veteran telah menerima Wheel Chair dan Ripple Mettress kerana telah terlantar semenjak Dis 2018 kerana mengalami masalah jangkitan pada paru-paru, kencing manis dan darah tinggi yang kronik.

LampiranSaiz
01.jpg161.12 KB
05.jpg131.75 KB
06.jpg137.91 KB
09.jpg116.57 KB