Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM 812632 Mohd Fadzil bin Mohamed Zin oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Kapt Mohd Faizal bin Jamil pada 07 Feb 2017.

Beliau disahkan mengidap barah usus tahap 4 sejak Disember 2016 dan dipindahkan dari Hospital Selayang ke HRPZ II Kota Bahru, Kelantan pada 06 Feb 2017.

Isteri beliau telah meninggal dunia pada Mei 2016. Pihak JHEV ATM akan membantu memberikan bantuan yang sewajarnya kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.