Lundu, 7 Sep 2019. Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak melaksanakan lawatan siasatan terhadap veteran yang mempunyai masalah kesihatan iaitu Veteran Billy anak Thomas di Kg Rukam, Lundu, Sarawak. Beliau mempunyai masalah kesihatan iaitu lumpuh dan tidak dapat bergerak.

Manakala pada 7 & 8 September 2019 pula pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah melaksanakan kaunter bergerak di kawasan Lundu, Sarawak. Lokasi kaunter bergerak diadakan di Medan KOSARA, Lundu, Sarawak. Seramai 300 orang veteran ATM di sekitar kawasan Lundu telah hadir ke kaunter bergerak yang diadakan bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

Antara pengisian kaunter bergerak iaitu

1. Cetakan kad veteran

2. Permohonan & Penilaian Semula Bantuan Skim Sara Hidup

3. Sesi Dialog diantara Pengarah JHEV Sarawak dengan Veteran

4. Kemaskini Permohonan Pingat Jasa Malaysia

LampiranSaiz
03.jpg235.7 KB
05.jpg213.08 KB
07.jpg148.56 KB
09.jpg142.03 KB
010.jpg186.55 KB