Kuala Lumpur, 26 Mac 2018 - Lawatan kebajikan oleh pegawai JHEV ATM Cawangan Selangor 7 W.P K.L terhadap Veteran ATM, T130103 Encik Abu Bakar bin Mahmood di Blok D, Tingkat 4, Katil D420, Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Veteran telah dimasukkan ke wad sejak 30 Jan 2018 kerana komplikasi buah pinggang dan beliau juga mengidap penyakit darah tinggi, paru-paru berair dan kencing manis.

Keadaan semasa beliau kini adalah stabil dan telah diberikan taklimat mengenai bantuan yang boleh diuruskan oleh pihak JHEV ATM.

#kebajikan

#perkasaperwira

#KesejahteraanVeteranATMKeutamaankami

 

LampiranSaiz
1.jpg50.73 KB