Masai, 8 Jul 2019 - Pengarah  JHEV ATM Cawangan  Negeri  Johor, Mej Hairi bin Muhamad Radzi bersama YDP PVATM Negeri Johor Tuan Haji Ibrahim bin Yahya melaksanakan lawatan kebajikan terhadap veteran En Nordin bin Ahmad di alamat  Jalan Plentong Baru 4/1, 81750 Masai, Johor.

Veteran bekerja sebagai pemungut besi buruk dan tinggal di dalam sebuah bilik kecil di kawasan tanah terbiar. 

Dalam lawatan tersebut, veteran telah diberi penerangan  berkenaan bantuan yang boleh dimohon  melalui  JHEV ATM. Beliau layak untuk dipertimbangkan diberi bantuan sara  hidup  untuk meringankan beban beliau.

LampiranSaiz
02.jpg122.18 KB