Kelantan, 14 Jun 2018 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias terhadap beberapa orang veteran ATM sekitar Kota Bharu seperti berikut;

 

  1. Encik Noor bin Deraman (British Army) yang berusia 82 tahun di rumahnya di No. 28, Seksyen 4, Jalan Merbau, Lorong Che Mat Baba, Kota Bharu.

 

  1. Encik Mohamad Arif bin Daud beralamat di Blok 15, Rumah Murah, Wakaf Mek Zainab. Veteran mengalami masalah saraf otak yang menyebabkan kedua-dua belah matanya buta dan mengakibatkan pergerakannya terbatas.

 

  1. Encik Mohamed bin Salleh di alamat 4915V, Lorong Kampung Bharu 5, Kota Bharu. Beliau mengidap stroke dan menyebabkan terlantar.

 

Pihak JHEV ATM akan menyalurkan bantuan-bantuan yang selayaknya diperoleh oleh veteran bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

#kebajikan

#kesejahteraanveteranATMkeutamaankami

LampiranSaiz
1.jpg102.26 KB
2.jpg89.79 KB
3.jpg129.36 KB